Antarabangsa

Lebih 50% Ubat-Ubatan Di Afrika Barat Palsu, Tiada Kualiti – PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi sebuah laporannya mengenai perdagangan haram telah menyatakan bahawa lebih 50 peratus ubat-ubatan yang terdapat di Afrika Barat adalah tidak berkualiti atau palsu.

Perkara ini menjadi kekhuatiran berikutan ianya dapat menatijahkan kepada rintangan antimokrob atau pencemaran toksik dan dalam masa yang sama ianya juga dapat menjatuhkan kepercayaan terhadap sistem-sistem kesihatan yang ada.

Dilaporkan bahawa di antara Januari 2017 sehingga Disember 2021, sekurang-kurangnya 605 tan produk-produk perubatan telah dirampas di Afrika Barat sewaktu berlangsungnya operasi-operasi antarabangsa.

Laporan tersebut telah dibuat oleh United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) pada Selasa lalu. Walaupun maklumat tersebut dikatakan tidak konsisten, namun jumlah sebenar bagi produk perubatan yang dirampas berkemungkinan lebih tinggi.

Di seluruh kawasan sub-Sahara di Afrika, sejumlah kira-kira $44.7 juta wang yang sepatutnya dibelanjakan bagi tujuan rawatan malaria bagi tempoh satu tahun telah diguna pakai bagi ubat-ubatan palsu ataupun tidak berkualiti.

Laporan yang sama turut menggunakan data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan bahawa terdapat sehingga 267,000 jumlah kematian yang dikaitkan dengan ubatan malaria yang tidak berkualiti.

Perdagangan haram ini telah memberi keuntungan kepada pelbagai pihak termasuklah pekerja-pekerja syarikat farmaseutikal, pegawai penguatkuasa undang-undang serta peniaga jalanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: