Tempatan

Saman Vernakular: Seksyen 2, 17 & 28 Akta Pendidikan Bercanggah Dengan Perlembagaan Persekutuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 06 Julai 2023 – “Apabila Parlimen menggubal Akta Pendidikan 1996, tiga peruntukan yang bercanggah dengan kedudukan, ketinggian serta kesucian Bahasa Kebangsaaan, yang mesti digunakan untuk tujuan rasmi, telah diluluskan, iaitu seperti berikut:-

(a) seksyen 2 yang mentakrifkan sekolah jenis kebangsaan sebagai sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan (b) yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama;

(b) seksyen 17, setakat mana peruntukan tersebut memperuntukkan bahawa sekolah jenis kebangsaan adalah dikecualikan daripada menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, atau mana-mana institusi pendidikan lain yang Menteri kecualikan; dan

(c) Seksyen 28, setakat mana peruntukan tersebut membenarkan Menteri menubuhkan dan seterusnya menyenggara sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama.”

Peguam perayu, Tn Haji Haniff Khatri Abdulla dalam hujahan semalam menyatakan demikian bagi mengemukakan rayuan, jika pihak Mahkamah bersama dengan hujah yang dikemukakan peguam perayu, maka permohonan supaya satu pengisytiharan ketiga-tiga seksyen dalam Akta Pendidikan 1996 di atas sebagai tidak sah, dibatalkan setakat mana yang bercanggah dengan Perkara 152(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berhujah demikian setelah membentangkan fakta keputusan kes Mahkamah Persekutuan pada 1981 yang memutuskan semua proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pendidikan adalah termasuk sebagai urusan rasmi, dan oleh yang demikian adalah tertakluk kepada kewajipan untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan di bawah Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan. Kes yang dirujuk ialah kes Merdeka University Bhd v Government of Malaysia [1982] 2 MLJ 243.

Pendengaran hujah kes Rayuan Saman Sekolah Vernakular semalam bersidang selama hampir 5 jam di hadapan Hakim YA Datuk Supang Lian, YA Dato’ Gunalan A/L Muniandy, YA Dato’ Azizul Azmi Bin Adnan.

“Justeru tuntutan perayu-perayu selaku plaintif di Mahkamah Tinggi, adalah bagi mendapatkan suatu pengisytiharan bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah tidak sah dan terbatal setakat mana percanggahannya dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.”

Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan dalam pengurusan kes pada 6 Julai 2023 atas permintaan peguam perayu dan peguam-peguam responden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: