Tempatan

COVID-19: Kemasukan Ke Hospital Meningkat 6.3% Berbanding Minggu Sebelumnya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 02 Februari 20233 — Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023 (ME 4/2023) dari 22 hingga 28 Januari berbanding minggu sebelumnya.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kemasukan pesakit kategori satu dan dua ke hospital awam meningkat 20 peratus, manakala tiada perubahan dilaporkan bagi kategori tiga, empat dan lima.

Namun begitu, kadar penggunaan katil tidak kritikal dan ICU dilaporkan menurun masing-masing sebanyak satu peratus dalam ME 4/2023.

BACA JUGA: KDN Perkenal Klasifikasi Filem 2023, 5 Pengelasan Klasifikasi Baharu

BACA JUGA: Pensyarah Pendidikan Cadang Waktu Sekolah Mula 8 Pagi

BACA JUGA: PERHATIAN Amaran Ribut Petir Di Seluruh Malaysia Hari Ini

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat penurunan kes positif yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara, tetapi jumlah kes yang dirujuk oleh CAC ke hospital meningkat sebanyak 84.6 peratus.

“Jangkitan kumulatif COVID-19 Malaysia dari 25 Januari 2020 hingga ME4/2023 berjumlah 5,035,871, manakala pemulihan kumulatif ialah 4,989,819 kes.”

“Manakala angka kumulatif kematian COVID-19 ialah 36,940 kes, dan jumlah kluster ialah 7,170, dengan lima kluster aktif.”

Seterusnya, jumlah pemulihan menurun sebanyak 35.3 peratus (2,088 kepada 1,350 kes), jangkitan baharu menurun sebanyak 8.5 peratus (2,379 kepada 2,177 kes), manakala kematian akibat COVID-19 turut menurun sebanyak 66.7 peratus (24 kepada 8 kes).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, kadar infektiviti (Rt) pada ME4/2023 ialah 0.82.

Sementara itu, pemantauan di lokasi sentinel di seluruh negara mendapati 19 sampel Influenza-like Illness (ILI) positif COVID-19, manakala tiada sampel Severe Acute Respiratory Infection (SARI) disahkan positif COVID-19.

Tuntasnya, Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endamik, oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan KKM.

“KKM akan terus memantau perkembangan jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa negara serantau, selain memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: