Tempatan

Pinda Akta Pencen Doktor Kontrak, Tukar KWSP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 April 2023 – Kerajaan disaran untuk meminda akta pencen kakitangan perubatan kontrak dan menggantikannya dengan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan mereka diserap secara tetap.

Lapor portal tempatan, seorang doktor kontrak di sebuah hospital kerajaan, Dr. Bryan berkata, cara itu boleh dijadikan alternatif jika Kerajaan terbeban dengan pemberian pencen kepada doktor kontrak.

“Doktor kontrak memang dicarum KWSP dan tak dapat pencen. Kalau tetap, boleh pilih nak KWSP atau pencen. Jika Kerajaan rasa pemberian pencen membebankan, pinda akta dan serap mereka semua ke jawatan tetap dengan caruman KWSP,” ujar beliau.

BACA JUGA: Keputusan Representasi Kedua Pengasas Crackhouse Comedy Club 31 Mei Ini

BACA JUGA: Bersekongkol Dengan Geng Plastik Hitam, 2 Wanita Ditahan

BACA JUGA: Perempuan Bawah Umur, Lelaki Ditahan Berkelakuan Tidak Senonoh Di Tempat Awam

Dalam pada itu, Dr. Bryan turut mempertikaikan kadar elaun ‘on-call’ yang diperuntukkan iaitu hanya sebanyak RM9 sejam kerana nilai tersebut sudah tidak relevan pada masa sekarang.

“Kerja hujung minggu 24 jam, bayaran hanya RM220. Jadi ikut jam nilainya kira-kira RM9 sejam. Memang tak berbaloi sebab kalau pergi kerja luar boleh dapat paling kurang RM40 per jam,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerap kakitangan perubatan kontrak kepada jawatan tetap tanpa pencen.

Menterinya berkata, perbincangan dibuat bagi menangani beban kerja berlebihan melebihi kapasiti sedia ada selain mengurangkan beban skim pencen yang ditanggung negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: