NGO

Jangan Ada Lagi Sekolah Antarabangsa Atau SJK Selepas Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GOMBAK, 23 September 2022 – “WIRA PUTRA Bahagian Gombak menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan tidak lagi ada kewujudan sekolah antarabangsa atau sekolah jenis kebangsaan pada masa akan datang kerana Kerajaan terpaksa mengeluarkan satu kos berasingan untuk tujuan tersebut,” kata Ketua Penerangan PUTRA Bahagian Gombak, Tuan Azfaruddin b Ariffin dalam satu kenyataan media di Facebook.

Tegasnya, sekiranya pelajar bukan Bumiputera disekalikan di sekolah kebangsaan, peruntukan tersebut boleh digunakan untuk semua pelajar tidak kira agama dan bangsa dalam penambahbaikan sistem pelajaran atau bantuan asas bagi tujuan pembelajaran.

Dalam masa yang sama, NGO itu juga menyatakan sokongan mereka terhadap kenyataan Ketua Wira Malaysia, mengenai perlunya diwujudkan sekolah satu aliran supaya tidak dipecahkan lagi bagi menjamin masa depan generasi muda.

Atas sebab itu, WIRA PUTRA Bahagian Gombak menggesa Kerajaan pimpinan Dato’ Ismail Sabri dan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lagi menambah atau melayan tuntutan menambah sekolah vernakular atau sekolah antarabangsa bagi memastikan Sekolah Kebangsaan menjadi pilihan pelajar bukan Melayu.

Pengasas badan kebajikan MERCY, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menegaskan bahawa dasar pendidikan vernakular telah memecahbelahkan masyarakat.

Justeru, beliau menyeru supaya satu perubahan dilakukan dalam aspek pendidikan supaya jurang sosial antara kaum di Malaysia dapat dihapuskan.

Leave a Reply

Back to top button