Tempatan

Ramasamy & Thinalan Jahil Tentang Kes Vernakular – Majlis Perundingan Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2021 – “Dakwaan Ramasamy dan R Thinalan mengenai sekolah vernakular menunjukkan betapa jahilnya mereka mengenai kes mahkamah yang akan berlaku,” kata Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Kenyataan ini dikeluarkan selepas kedua-dua individu tersebut mendakwa bahawa sistem sekolah vernakular adalah lebih baik daripada Sekolah Kebangsaan.

Menurut Tun Hanif Omar dan Datuk Dr Hasan Mad, prinsip kedaulatan undang-undang menuntut orang ramai untuk tidak membincangkan sesuatu perkara yang masih dalam proses penghakiman terutama sekali sekiranya perbincangan tersebut dalam keadaan seolah-olah orang ramai pula yang menghakimi hal tersebut.

“Malangnya, prinsip yang melarang subjudis ini seolah-olah tidak diamalkan ketika P Ramasamy menulis kolumnya bertarikh 25 Nov 2021, begitu juga dengan komen Ketua Pemuda MIC R Thinalan dalam Focus Malaysia pada tarikh yang sama,” kata mereka lagi.

Dalam isu sekolah vernakular, P Ramasamy dalam Facebooknya menyatakan, “tiga pertubuhan Melayu, pada dasarnya bersifat cauvinis, telah memfailkan kes di mahkamah untuk memansuhkan kewujudan sekolah vernakular di negara ini”.

Manakala R Thinalan pula mengkritik dan menyifatkan hujah Haniff Khatri, peguam yang mewakili Plaintif sebagai tidak berasas.

Justeru, mantan Ketua Polis Negara dan Setiausaha Agong MPM itu menyeru semua pihak untuk membenarkan sistem kehakiman negara berjalan dengan betul “tanpa campur tangan atau halangan yang tidak perlu seperti komen Ramasamy dan Thinalan.

“Tetapi, apa yang pasti adalah, amat tidak wajar bagi Ramasamy dan Thinalan untuk mengatakan bahawa hujah Plaintif ‘tidak berdasarkan bukti, bahawa peguam bagi Plaintif ‘tidak tahu apa-apa’, dan menggelar Plaintif sebagai ‘cauvinis’ sedangkan mereka jelas tidak tahu apa yang berlaku semasa perbicaraan,” tegas mereka lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: