Melayu Akan Hancur, Jika UMNO Peroleh Lebih Kuasa
KUALA LUMPUR, 03 Julai 2023 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa wang pembayar cukai akan hilang jika UMNO mengawal keseluruhan Kerajaan.
Menurutnya lagi, UMNO sentiasa menjadi parti rasuah. Ujarnya dalam kenyataan yang sama bahawa mereka ingin menganjurkan Kongres Melayu. Namun rancangan UMNO untuk memenangi hati pengundi sering tertumpu pada politik wang.
BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing
BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM
BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN
Katanya lagi menerusi kenyataan yang sama, jika UMNO menang dalam pilihan raya akan datang, orang Melayu akan hancur jika UMNO dapat mengambil alih Kerajaan.
Tun Mahathir berkata demikian dalam satu sesi sidang media yang bertempat di hotel Sama-Sama di Sepang.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa terdapat percubaan bagi agenda “Malaysian Malaysia” sekali lagi sebagaimana yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pada tahun 1964 lalu.
Dalam kenyataan yang sama, Tun Mahathir juga menyatakan bahawa separuh daripada hak orang Melayu kini telah tiada. Jika semua bangsa di Malaysia mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu, orang Melayu akan musnah.
Menurutnya lagi, jika “Malaysian Malaysia” berlaku, maka Bahasa Melayu tidak akan lagi mempunyai penutur sebagaimana di Singapura dan Tun Mahathir turut menyifatkan perkara itu sebagai sebuah ancaman terhadap orang Melayu.