Tempatan

Perangai Macam Inilah Sebabkan Kaum Tiong Hua Benci & Dibenci Kaum Lain – Apek Cina

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 November 2021 – Apek Cina atau nama sebenarnya Zee How Tai menyatakan, tindakan ahli politik DAP Teo Nie Ching memanggil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk tidak tunduk kepada ekstremis yang menindas pendidikan Cina menerusi hantaran Facebook di dalam bahasa Cina merupakan antara sebab kaum Tiong Hwa membenci dan dibenci kaum lain.

Hantaran Facebook YB Teo tersebut merujuk kepada tindakan Datuk Armand Azha yang membantah pembinaan SJKC atas sebuah tapak yang sepatutnya menempatkan dua Sekolah Kebangsaan.

Menyentuh kejanggalan bahasa penulisan dalam hantaran tersebut yang keseluruhannya dalam bahasa Mandarin tetapi diajukan kepada KPM, Zee How Tai berkata,

“KPM ni semua boleh baca posting Mandarin YB ke? YB nak sampaikan seruan ini kepada KPM atau pembaca Mandarin sahaja?”

Zee How Tai kemudiannya mempersoalkan, di mana bahagian yang ekstrem itu kerana jika benar, bagaimana 1298 sekolah rendah vernakular boleh dibenarkan beroperasi di bawah aliran kebangsaan.

“Ekstrim apa? Kalau Ekstrim, kenapa meluluskan pembinaan sekolah ini pada 2017? Mana ada Parti Ekstrimis yang benarkan 1298 sekolah rendah vernakular untuk beroperasi bawah aliran kebangsaan?”

Kata peguam itu lagi, selain tuduhan Teo Nie Ching terhadap kerajaan, ada juga rakan sekerja MP Kulai itu yang membuat hal tentang bahasa atas papan tanda.

Kerana itulah beliau “berpendapat perangai sebeginilah punca orang Tiong Hwa Malaysia membenci kaum lain dan dibenci kaum lain, menjarakkan jurang antara kaum dan merosakkan perpaduan”.

Mengakhiri kenyataan, Apek Cina menegaskan bahawa, tiada sistem pendidikan Cina sebaik Malaysia di serantau dunia melainkan China.

Apatah pula membenarkan sistem pendidikan untuk etnik minoriti.

Namun, “perangai YB Teo sebeginilah yang menyebabkan kemarahan majoriti Malaysia terhadap SJK”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: