Tempatan

Tolak ‘Standard’ Soalan BM Sama Rata, Bukti Kenapa Murid SRJK Gagal & Lemah BM – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2023 – Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang tidak bersetuju dengan keselarasan soalan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) telah membuktikan mengapa murid SRJK lemah Bahasa Melayu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari berkata, pengakuan tersebut sekali gus menjawab bagaimana ramai murid SRJK boleh melepasi ke Sekolah Menengah walaupun gagal dan lemah dalam Bahasa Melayu.

BACA JUGA: Kapal Malaysia Hilang Sejak 10 Hari, Lepas Masuk Perairan Indonesia

BACA JUGA: Teks BM Perlembagaan: Perlu Dibuat Dengan Penuh Hati-Hati – Dato’ Naser Disa

BACA JUGA: Aktivis Puji Jabatan Pendidikan Johor Batal Program Selawat

Sehubungan dengan itu, beliau menyenaraikan beberapa ciri-ciri Sekolah Vernakular yang menggunakan dana Kerajaan tetapi menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan mahu Sijil Unified Examination Certificate (UEC) diiktiraf di peringkat menengah.

Cikgu Izzat Johari juga menjelaskan dalam hantaran Facebooknya bahawa Sekolah Vernakular yang merupakan sekolah swasta ini menggunakan dana Kerajaan untuk pembangunan sekolah mereka, tenaga pengajar iaitu guru dari Kerajaan untuk mengajar murid-muridnya dan dana diperoleh dari Kerajaan tersebut juga digunakan untuk membuat soalan ujian serta buku teks yang berbeza dengan SK.

Selain itu, MCA dan MIC dari Barisan Nasional (BN), DAP dari Pakatan Harapan (PH) dan parti Gerakan daripada Perikatan Nasional (PN) adalah parti yang menyokong dan mengiktiraf Sekolah Venakular, ujar beliau yang mengakhiri kenyataan dengan berkata, “Tahniah dan teruskan menyokong”.

Baru-baru ini, Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee menyifatkan penggunaan bank soalan yang sama dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu (BM) adalah bertentangan dengan prinsip pendidikan, selain ianya tidak sesuai untuk semua jenis sekolah.

“Ini tidak membantu proses pelajaran serta memberi tekanan dan gangguan kepada murid dan cikgu. Kementerian Pendidikan harus meneliti isu ini bagi mengelakkan ia menjejaskan keberkesanan pendidikan murid.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: