Tempatan

PRN: Portal Singapura Ramal Pengaruh PAS Kuat Di Kelantan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 19 Julai 2023 – Portal media Singapura, Channel News Asia telah menerbitkan sebuah makalah yang menyatakan bahawa pengaruh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah kukuh di Kelantan walaupun negeri tersebut gagal dalam memberikan pembangunan material yang sebanyaknya.

Menurut portal tersebut, PAS telahpun memperkukuhkan kedudukannya di Kelantan dalam kebanyakan fasa pasca kemerdekaan di Malaysia.

BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan

BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

Makalah yang diterbitkan itu turut menyatakan bahawa keupayaan PAS dalam menonjolkan kredibiliti Islam yang penuh bersemangat telah memberikan kelebihan bagi parti tersebut terhadap parti lawan iaitu United Malays National Organisation (UMNO).

Ujar portal itu lagi, PAS berkeinginan untuk menubuhkan negara Islam yang mana ianya terbina dengan nilai-nilai Islami seperti mempromosikan tatacara moral, menegakkan keadilan sosial serta memperjuangkan ekuiti ekonomi.

Janji-janji tersebut, menurut makalah itu, telah memenangi hari para pengundi yang bersifat konservatif di negeri Kelantan.

Penulisan yang sama juga turut menyentuh ulasan seorang warga negeri Kelantan yang mengatakan bahawa dengan aspek ketakwaan, mereka dapat mendidik bangsa, negara bagi membuktikan bahawa mereka dapat memberikan yang sepenuhnya dengan agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: