Tempatan

PAS Pusat Seru Ahli Terima Vaksin Covid-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Parti Islam se-Malaysia (PAS) menyeru ahli-ahlinya untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 secara sukarela demi menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujar Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat, Dr Mohd Mazri Yahya, “Justeru, bagi membantu kerajaan di atas segala usaha yang telah dilakukan, PAS ingin menyatakan komitmen menerima vaksinasi di kalangan pimpinan PAS di seluruh peringkat berdasarkan nasihat daripada KKM.” 

“PAS juga memohon supaya semua ahli PAS dan seluruh lapisan masyarakat melakukan vaksinasi secara sukarela sebagaimana yang dinasihatkan oleh KKM itu.”

Dalam masa yang sama PAS merakamkan penghargaan kepada KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atas usaha kedua-dua kementerian ini yang berusaha mengawal dan mendapatkan vaksin Covid-19.

“PAS ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia di atas usaha dan kerja keras kakitangan perubatan dan kesihatan mengawal perebakan dan merawat pesakit yang terlibat berdasarkan bukti sains yang terkini.”

“PAS juga ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada MOSTI di atas usaha mendapatkan vaksin sebagai satu langkah pencegahan perebakan di dalam masyarakat.”

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini menasihatkan kepada penerima vaksin untuk melaporkan kesan sampingan yang dihidapi sejurus selepas divaksin.

“Sekiranya terdapat kesan advers selepas penggunaan produk vaksin  berdaftar, orang ramai boleh melaporkan kesan advers susulan imunisasi ini sama  ada melalui profesional kesihatan atau melaporkan terus kepada NPRA melalui  laman sesawang, https://npra.gov.my.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: