Antarabangsa

Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAQ, 18 Julai 2023 – Penduduk tempatan dan pegawai kebudayaan Iraq berang selepas menara sebuah masjid berusia 300 tahun di bandar Basra, selatan Iraq, diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembesaran jalan.

Ujar mereka, perobohan menara Masjid Siraji itu sama ertinya dengan “kemusnahan sejarah budaya Iraq”.

BACA JUGA: Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu

BACA JUGA: Didakwa Akta Hasutan, Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

BACA JUGA: Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

Para ulama Sunni, Yang Mulia Sheikh Abdul-Malik Al-Saadi berkata, perobohan menara Masjid Siraji, sebuah menara kuno itu adalah satu perbuatan yang memalukan dan mengkucar-kacirkan aliran-aliran mazhab yang berbeza.

Manakala Yang Mulia Sheikh Dr Abdul-Malik Abdul-Rahman Al-Saadi pula menyifatkan tindakan merobohkan menara masjid itu sebagai satu perbuatan yang keji yang turut mencetuskan provokasi mazhab-mazhab.

Menurut Menteri Kebudayaan Iraq, Ahmed al-Badrani kepada sebuah media antarabangsa, beliau tidak memberi kebenaran untuk memusnahkan menara Masjid Siraji.

Tegasnya lagi, apa yang dipersetujui adalah, pihak berkuasa barangan antik tempatan telah bersetuju dengan gabenor untuk memindahkannya ke lokasi lain, bukan merobohkannya.

Walau bagaimanapun, Gabenor Basra, Asaad Al Eidani, yang mengawasi kerja-kerja perobohan itu mempertahankan tindakan itu dan berkata, pihak berkuasa wakaf Sunni dan barangan antik tidak melakukan apa-apa tindakan untuk memindahkannya walaupun diberi masa lebih setahun untuk berbuat demikian.

Jumaat lalu, menara Siraji setinggi 11 meter (36 kaki) beserta bangunan masjid yang dibina pada tahun 1727 itu telah dirobohkan oleh kerajaan Basra menggunakan jentolak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: