Tempatan

“Booster Shot” & Cadangan Dos Ke-4, Kaut Untung Atau Betul Satu Keperluan? – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2022 – Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan sama ada saranan suntikan dos penggalak keempat benar-benar satu keperluan ataupun hanya satu manipulasi pihak tertentu.

“Ketika rakyat masih terpinga-pinga dengan ‘Booster Shots’ yang kini kita digambarkan keperluan untuk mendapatkan suntikan keempat memandangkan munculnya virus baru Omicron. Adakah ini satu manipulasi pihak tertentu bagi mengaut keuntungan atau memang benar-benar ia satu keperluan; kita tidak pasti.”

“Saya harap ada ketelusan dalam hal ini,” kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu dalam hantaran Facebooknya semalam.

Selain itu, dalam hantaran yang sama, beliau menyuarakan rasa pelik dengan pilihan rakyat dalam isu pemilihan pemimpin apabila rakyat disifatkan masih tidak berani mencuba sesuatu yang baharu walaupun menderita.

“Dari sudut politik pula, rata-rata rakyat sudah mual tetapi yang agak peliknya selepas dua PRN yang diadakan menampakkan rakyat seolah-olah sudah kembali kepada “status-quo”.”

Walaupun menderita, apabila melihat pada pelbagai kepincangan dalam sistem demokrasi yang ada, namun rakyat masih tidak berani untuk mencuba sesuatu yang baharu. Dalam pelbagai media sosial seruan kepada perubahan sering diutarakan namun apabila berada di ‘peti undi’ ia tetap kembali kepada ‘asal’,” luah beliau.

Oleh sebab itu, Hj Aminuddin Yahaya menyeru rakyat untuk benar-benar memikirkan secara mendalam pemimpin dan parti mana yang harus dipilih semasa PRU15 nanti agar nasib semua terbela.

“Apa makna rintihan dan keluhan itu jika rakyat tidak bersedia untuk berubah?” soal beliau

Mengakhiri kenyataan, Hj Aminuddin menyatakan pengharapan agar rakyat terus memberi sokongan kepada PEMBELA dalam usaha NGO itu untuk membina sebuah bangsa yang mulia dengan tamadun yang unggul.

“Saya sangat berharap rakyat dapat terus memberikan sokongan kepada kami dalam usaha-usaha kami sangat-sangat memerlukan sokongan kerana tugas ini sangat berat dengan halangan yang tidak pernah habis dari pelbagai sudut dan pihak.”

“Yang paling penting, dalam konteks perjuangan NGO, sebenarnya masih banyak perkara yang harus kita perjuangkan. Isu alam sekitar, rasuah, kedudukan Mahkamah Syariah, pemerkasaan Bahasa Melayu, ekonomi Bumiputera yang semakin ketinggalan, kehilangan tanah Rizab Melayu, usaha pengiktirafan UEC, pemerkasaan sekolah vernakular dan pelbagai lagi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: