Tempatan

CAP Gesa Dakwa Segera Ahli Politik Terlibat Judi Dalam Talian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 19 Julai 2023 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mendakwa segera ahli politik yang terlibat dalam perjudian haram dalam talian.

“Pada Jun Tahun ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat naungan politik dalam aktiviti perjudian dalam talian haram di Malaysia. Perkara ini serius, tetapi identiti ahli politik terbabit tidak didedahkan.”

BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan

BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sejak itu mengumumkan bahawa SPRM kini sedang menyiasat beberapa ahli politik dan jika terbukti (mereka terlibat) maka ia akan dianggap sebagai satu kesalahan. Beliau juga berkata bahawa SPRM tidak akan mengumumkan siapa ahli politik ini atau parti mana mereka bergabung,” katanya.

Berkata dalam kenyataan yang sama, beliau turut memuji SPRM yang mengambil tindakan segera untuk menyiasat pihak yang berpotensi bersalah berikutan perjudian dalam talian secara haram merupakan ancaman kepada ekonomi serta keselamatan negara malah ahli politik yang terlibat dengan kegiatan sedemikian juga dianggap sebagai sesuatu yang mengecewakan.

Justeru, beliau berharap agar pihak SPRM terus memandang serius akan perkara tersebut dan menjalankan siasatan secara menyeluruh sekali gus mendakwa mereka yang terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: