Tempatan

Tindakan Bacul Rejim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza Perlu Dikutuk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – PAS menyeru masyarakat dunia agar mengutuk tindakan zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh rejim haram aparteid Israel yang telah menyerang Semenanjung Gaza.

“PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan bacul dan ganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan udara malam kelmarin yang sehingga kini telah mengakibatkan 15 warga Palestin terkorban dan lebih 20 yang lain cedera,” kata YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.

Beliau yang berkata demikian dalam sebuah kenyataan di laman Facebooknya turut mengatakan bahawa pelbagai Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Damai yang dipersetujui serta dikuatkuasakan telah dicabuli di mana nasib Palestin dan warganya tetap sama malah lebih buruk daripada dahulu.

“Isu Palestin adalah satu isu yang cukup “memalukan” bagi masyarakat dunia kerana ia satu-satunya isu yang tidak mampu diselesaikan sehingga ke hari ini. Isu Palestin dipinggirkan dan seolah-olah terdapat sikap “double standard” dalam kaedah menanganinya berbanding pelbagai konflik lain yang berlaku di dunia hari ini mahupun sebelumnya.”

BACA JUGA: Pahang Mohon Peruntukan RM414 Juta Baiki Jalan Rosak

BACA JUGA: Lebih 11,000 Data Peribadi Calon Bocor, UiTM Mohon Maaf

BACA JUGA: Pakistan ‘Bergegar’! Mantan PM Ditangkap

Justeru, kata ADUN Batu Buruk itu, rejim haram ini perlu dikenakan tindakan dan sekatan yang lebih ketat dan tegas daripada sebelumnya berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Ia juga perlu diikuti dengan Organisation of Islamic Cooperation (OIC), Liga Arab mahupun PBB yang perlu memainkan peranan proaktif dalam menangani isu Palestin dan perlu meletakkan titik noktah bagi mengakhirinya.

“Sampai bila harus dibiarkan ia berlarutan? Adakah sehingga semua warga Palestin terkorban atau Palestin lenyap dari muka bumi ini?

Sudah sampai masanya masyarakat dunia perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu Palestin dan bertindak dengan lebih tegas terhadap rejim zionis Israel.

Selagimana ia berlarutan dan dibiarkan, nescaya Asia Barat akan terus bergolak seterusnya menjejaskan matlamat untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” kata beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: