Tempatan

Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden: PAS Gesa Malaysia Bertindak Lebih Tegas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2023 – “PAS percaya kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah lebih tegas dan aktif bagi menunjukkan keseriusan kita dalam isu ini, selain mengetengahkan mesej keamanan dan persaudaraan yang dibawa oleh Islam dan turut menjadi dasar dan pegangan negara kita.”

Ujar Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berhubung perbuatan provokatif dan melampau seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden yang telah membakar naskhah al-Quran di luar sebuah masjid utama di Stockholm pada Rabu lalu.

Parti itu mengutuk keras tindakan tersebut sekali gus merakamkan rasa amat terkilan terhadap keputusan pihak berkuasa Sweden yang dipercayai memberi kebenaran kepada individu itu berbuat demikian atas nama kebebasan bersuara.

BACA JUGA: Tindakan Tegas Perlu Diambil Siasat Insiden Tular VIP Buat Kecoh Di KLIA – CUEPACS

BACA JUGA: Tiong King Sing Tiada Kuasa Campur Urusan Keselamatan Negara – Malaysia Corruption Watch

BACA JUGA: Hampir 300 Kes Buang Bayi Dalam Tempoh 2 Tahun

Memetik kenyataan, “Ini bukanlah kali pertama insiden sedemikian berlaku di negara berkenaan susulan pendirian pihak berkuasanya, sementara semua bentuk bantahan daripada banyak negara dan pihak sebelum ini juga gagal menghalang perkara yang sama daripada terus berlaku.”

Dalam pada itu, selain mengeluarkan kenyataan rasmi atau memanggil wakil Sweden bagi menyampaikan protes, PAS menggesa Kerajaan khususnya Kementerian Luar supaya memanggil pulang duta Malaysia ke Sweden sebagai langkah bantahan yang lebih tegas.

Kerajaan juga boleh berperanan aktif di pentas dan forum antarabangsa bagi menggembleng suara dan tindakan dunia dalam menghalang serta menekan Kerajaan dan pihak berkuasa Sweden daripada terus bersikap sambil lewa terhadap perbuatan yang jelas menjejaskan muafakat dan keamanan dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: