Terkini

TSMY & PAS Mahu Bunuh UMNO Itu Tidak Betul – Tan Sri Annuar Musa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – Dakwaan yang mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu menghapuskan parti UMNO adalah tidak benar, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh mantan Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau telah menafikan dakwaan tersebut pada sesi penerangan dalam talian yang bertajuk “Apa Muslihat Zahid? Pendedahan Ekslusif Oleh Tan Sri Annuar Hj Musa” menerusi akaun Facebook rasmi beliau pada malam tadi. Menurut beliau,

“Kalau orang kata PAS dan BERSATU nak bunuh UMNO, bohong.”

Beliau turut menceritakan kisah sewaktu sesi perundingan di antara UMNO dengan PAS dan BERSATU, di mana mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengatakan kepada beliau bahawa jika mereka bergabung, UMNO yang akan mengambil kerusi paling banyak kerana BERSATU hanyalah sebuah parti yang kecil. Kata Annuar,

“Waktu saya berunding dengan PAS dengan BERSATU, Muhyiddin kata kat saya ‘macam mana, kalau kita bergabung, UMNO lah yang ambil jumlah kerusi paling banyak. Kami ni parti kecil je, saya pun daripada UMNO dulu, UMNO parti besar, UMNO lah ambil kerusi jumlah yang paling banyak’”.

Beliau turut menceritakan mengenai formula yang dirangka sebelum ini ketika ingin bergabung dengan PAS dan BERSATU, di mana jika ianya berjaya dilakukan, ketiga-tiga parti Melayu Islam itu boleh memenangi sehingga dua per tiga kemenangan di dalam Parlimen.

Pada sesi yang sama, Annuar turut mendedahkan kisah mengenai kejadian sewaktu Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020, di mana beliau memberitahu kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa UMNO tidak mempunyai wang yang cukup bagi tujuan pilihan raya tersebut dan Muhyiddin setelah itu telah memberikan puluhan juta ringgit sebagai bantuan kepada UMNO dalam pilihan raya itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: