Tempatan

Tidak Selayaknya Majlis Tarian Ala Bogel Jadi Hidangan – Mantan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 08 Mac 2022 – Mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali mengkritik Majlis Makan Malam yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru yang menghidangkan tari-menari ala bogel sebagai salah satu aturcara majlis.

“Memang tidak selayaknya majlis tari-menari ala bogel menjadi hidangan kepada pimpinan politik Muslim.”

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus itu di Facebooknya, walaupun penganjurnya bukan Muslim tetapi perkara tersebut bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.

“Di saat rakyat berhadapan dengan musibah dan di saat rakyat diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada Allah agar dilepaskan daripada musibah COVID-19,” beliau yang juga bekas AJK PAS berkata, “Apa yang berlaku mengguris sedikit perasaan rakyat.”

Justeru, beliau menyeru pihak terbabit untuk segera tampil membuat permohonan maaf rasmi kepada rakyat kerana ia juga menjejaskan nama parti PAS sebagai rakan kerjasama politik di saat kempen pilihan raya sedang hangat berlangsung.

Tambah beliau lagi teguran ini pahit tetapi perlu dibuat agar masyarakat dapat menilai prinsip Perikatan Nasional (PN) yang jelas berkaitan Islam.

Antara tetamu daripada Perikatan Nasional (PN) yang hadir pada malam tersebut adalah Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, manakala PAS tidak menghantar wakil untuk menghadiri acara tersebut.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Setiausaha Eksekutif PN, Saiful Adli Mohd Arshad dipetik sebagai berkata, kehadiran pemimpin PN adalah atas jemputan penganjur iaitu komuniti perniagaan Cina tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: