Tempatan

”Aku Akan Cabar Islam Kamu” – Siti Kasim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 14 Januari 2022 – “Aku akan berpakaian ikut kehendak aku. Lebai-lebai jangan jaga tepi kain orang. Kalau kamu cuba kenakan aku, aku akan cabar Islam kamu,” berikut kenyataan pengamal undang-undang, Siti Kasim, dalam sebuah ciapan di laman Twitter.

Dalam hantaran tersebut, Siti Kasim memuatnaik sebuah gambar papan tanda peringatan di Kelantan yang melarang pengunjung sebuah taman dari berpakaian ketat dan mencolok mata.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Kamu bukan tuhan aku untuk hukum sesiapa. Jangan ganggu kami!” tambah beliau lagi.

Seorang pengguna laman Twitter lain turut menyuarakan komentar beliau pada ciapan Siti Kasim tersebut.

“Saya rasa kasihan terhadap komuniti Melayu Islam. Saya betul-betul kasihan,” ujar pengguna tersebut dalam ciapannya.

Siti Kasim kemudiannya menjawab komentar tersebut, di mana beliau menyifatkan sesetengah Melayu-Islam sebagai “brainwashed” dan “terencat”.

“Minda mereka telah dicuci untuk tidak mempersoalkan apa-apa.”

“Kebanyakan dah jadi terlalu terencat untuk berfikir bagi pihak diri mereka sendiri,” ulas pengamal perundangan tersebut dalam ciapan balasnya.

Zaid Ibrahim, seorang pengamal undang-undang turut menyentuh isu ini, di mana beliau menyifatkan hukuman tersebut sebagai terlalu keras.

“Terlalu keras hukuman kerajaan Pas terhadap rakyat wanita Kelantan,” ujar beliau dalam ciapannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: