Tempatan

Dakwaan Tidak Benar Isu Kerajaan Perak, Ahli Dewan Negara Perak Mohon Ampun & Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini memohon maaf kepada BERSATU Perak atas dakwaannya bahawa ADUN parti itu merebut jawatan Menteri Besar dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Mohd Annuar Zaini juga menuduh bahawa BERSATU Perak mahu keluar dari gabungan Perikatan Nasional (PN).

Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya mengakui menulis perkara tidak sahih dalam kumpulan WhatsApp mengenai perkara itu yang akhirnya menjadi tular.

“Kepada Dato Zainol Fadzi (Paharuddin), saya sangat mohon maaf kerana memasukkan elemen tidak sahih yang disampaikan kepada saya. Saya mohon maaf di atas kesilapan fakta tersebut.”

Terdahulu, BERSATU Perak menyifatkan dakwaan yang dilemparkan tersebut sebagai fitnah besar.

Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu dan ia berniat jahat serta cubaan menjatuhkan kredibiliti BERSATU.

Menerusi mesej WhatsApp yang tular, Mohd Annuar Zaini dikatakan mendakwa PN di Perak berebut sesama sendiri jawatan Menteri Besar sedangkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mahukan Kerajaan Perak ditubuhkan segera bagi menyelesaikan pembentangan bajet negeri sebelum musim banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: