Tempatan

Misi Bunuh Komander Pasukan Bersenjata 330 Parti Rakyat Kalimantan Utara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 25 Ogos 2022 – Mejar (B) Dato Salehuddin Abd Mutalib dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkongsikan kisahnya menumpaskan dua orang pemimpin komunis yang paling berkuasa dalam Pasukan Bersenjata 330 Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) dalam Operasi TILITI II pada tahun 1972.

Pada waktu itu, beliau bertugas sebagai Military Intelligence Officer bagi daerah Sri Aman, Sarawak.

Menurutnya, “Lebih kurang 2.30 petang pada bulan Julai, saya dapat arahan dari bos saya untuk soal siasat dua orang komunis yang serah diri dekat Semanggang (Sri Aman) dan lead dia punya leader suruh tangkap hidup-hidup.”

“Dia punya tujuan tangkap hidup-hidup husband and wife. Pasal apa? Tangkap je dua orang ni, jatuh Parti Komunis Sarawak. Dua orang ni yang paling kuat sekali,” kata beliau yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Leftenan Salehuddin bin Abdul Mutalib.

Susulan arahan, Mejar (B) Dato Salehuddin terus bergerak ke hutan bersama 4 orang yang lain yang semuanya komunis yang sudah menyerah diri.

“Sampai hutan, ada condition lain, saya kena rendam dalam air untuk buang sebarang bau. Makanan dan minuman juga tidak dibenarkan bawa masuk.”

Ujarnya lagi, bertemankan komunis yang menyerah diri itu, mereka bersama-sama membuat perangkap untuk menangkap Komander Pasukan Bersenjata 330 Parti Rakyat Kalimantan Utara Fam Tze Heong dan isterinya Hooi Yinn.

“Komunis yang baru surrender tu, saya tak bagi peluru ataupun senjata tajam. Saya takut, mana tahukan, tengah malam, biji peluru atas kepala. Ye lah, saya seorang je askar. Jadi saya plan: saya ikat ibu kaki saya terus dan melintang. Kalau tali tertarik, saya boleh terus tangkap.”

“Tiba tengah malam, dapat isyarat dari salah seorang komunis (yang menyerah diri). Bila dia datang meloncat belakang saya, kaki saya tak tertarik lagi. Bila kaki saya tertarik, satu lembaga berdiri betul-betul depan saya, tak sampai sejengkal. Saya tembak. Lakinya terlangkah tali, bini dia tersangkut,” kata Mejar (B) Dato Salehuddin.

Katanya lagi, “Senjata dulu saya pakai senjata lama, SMC, Sterling Submachine Gun, saya letak automatik. Bila automatik, kita press sekali, dua puluh peluru yang ada, semua keluar. Sekali tarik, habis.”

“Terlampau dekat, peluru ni, terlampau laju, dia boleh berjalan dalam 2,700 kaki satu saat. Komander tu berdiri lagi, saya pula, bila peluru dah habis, saya guna senapang untuk pukul dia. Dia jatuh, bini dia hidup lagi. Itu yang saya t*tak dengan parang dekat bahagian perut sekali, dengan l*her. Dia m*ti.”

“Saya memang dah nekad, tak dia m*ti, saya yang m*ti,” kata beliau lagi.

Mejar (B) Dato Salehuddin mengalami Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD) yang teruk selepas kejadian dan telah dinasihatkan oleh doktor untuk menamatkan perkhidmatan ATM pada 1983.

Atas jasa menumpaskan musuh dalam operasi ini, beliau telah dianugerahkan dengan pingat Panglima Gagah Berani (PGB).

Perkongsian ini dikongsikan beliau bersama hadirin Canai Bahasa dan Sastera bil 6/2022, “Perkongsian Kisah Perjuangan Mempertahankan Negara” bersempena dengan bulan kemerdekaan menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 17 Ogos 2022 minggu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: