Derma RM30 Juta Untuk Sekolah Vernakular Cina Yong Peng
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JOHOR BAHRU, 20 September 2022 – Sekolah Menengah Cina Yong Peng menerima sumbangan sebanyak RM30 juta dan sekali gus mendahului Sekolah Menengah Cina Kuen Cheng yang pernah menerima sumbangan tertinggi sejumlah RM26 juta sebelum ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan, sekolah tersebut telah menerima RM10 juta daripada kutipan orang awam dan selebihnya pula didermakan oleh adik-beradik Ma Wong Ching dan Ma On May sebanyak RM20 juta.
Kenyataan media tempatan turut melaporkan bahawa Ma Wong Ching merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah di sekolah vernakular tersebut.
“Selaku Ahli Parlimen Ayer Hitam, saya gembira dapat berada dalam kalangan 2,400 orang tetamu yang hadir,” ujar menteri tersebut.
Dalam pada itu, Wee Ka Siong memberitahu, Kerajaan Negeri Johor turut memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada Yayasan Pendidikan Sekolah Menengah Cina Yong Peng.