Tempatan

KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALIK PULAU, 18 Julai 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan siasatan berhubung dakwaan tangan bayi berusia dua bulan yang bengkak serta bernanah selepas menerima rawatan demam campak di Hospital Melaka.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, kes sedemikian berlaku adakalanya disebabkan prosedur biasa dan tidak semua kes boleh diletakkan di bawah ‘medical legal’ dengan memberi contoh bahawa tangan yang bengkak akibat daripada prosedur suntikan itu merupakan prosedur biasa di mana pihaknya akan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada pesakit.

BACA JUGA: Didakwa Akta Hasutan, Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

BACA JUGA: Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

Dalam perkembangan berasingan, Hospital Melaka turut diarahkan untuk menyiasat dakwaan tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam.

Sebelum ini, seorang lelaki mendakwa tangan anak saudaranya mengalami bengkak serta bernanah selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: