Tempatan

Carian Tematik Ayat Al-Quran Banyak Tersasar, AI Bukan Guru Tajwid – Pensyarah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 Julai 2023 – “AI adalah tetap AI. Dia bukan syeikh, bukan tok guru, bukan ustaz. Hanya sekadar ‘rakan sembang yang takleh dipercayai sangat’ dalam kajian berkaitan agama.”

Ini konklusi yang diperoleh Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham, Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Pahang selepas membuat carian tematik ayat al-Quran menggunakan BARD, sebuah produk kecerdasan buatan (AI) dari Google.

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

BACA JUGA: Awal Muharram: Kiswah Kaabah Ditukar Dengan Bantuan 7 Kren

BACA JUGA: ‘Akta Negara Bangsa’ Tangani Isu 3R Di Malaysia – Azalina

Jelasnya, fungsi ringkas BARD adalah lebih kurang sama dengan ChatGPT, Bing dan seumpamanya.

Kata beliau dalam Facebooknya, “Saya bereksperimen dengan eksperimen baru google, iaitu BARD. Bard diminta mencadangkan 5 ayat Quran mengenai semesta dan jasad samawi. Hasilnya, agak merisaukan.”

Tambahnya, “Bard masih di peringkat eksperimen. Hasil prompting eksperimen saya utk carian tematik ayat al-Quran, banyak juga tersasar.”

Kerana itu bagi Dr Ahmad Irfan, daripada kacamata beliau sebagai seorang pengguna, dapatkanlah ilmu daripada sumber ilmu yang tabii, bukan buatan.

“Daripada kacamata pembekal ilmu, sediakanlah data ilmu Islam dalam talian, dengan acuan yang terbaik, supaya kecerdasan buatan ini tidak tersasar.”

“AI adalah tetap AI. Dia bukan syeikh, bukan tok guru, bukan ustaz. Hanya sekadar ‘rakan sembang yang takleh dipercayai sangat’ dalam kajian berkaitan agama,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: