Tempatan

Pesawat Tentera Terbang Rendah Mulai 19 Mac, Penduduk Jangan Cemas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2022 – Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan bahawa pesawat tentera akan terbang rendah di ruang udara Johor mulai 19 Mac ini.

Ia berikutan negara anggota Aturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) akan melaksanakan latihan Eksesais Bersama Shield 2022 di sekitar Semenanjung Malaysia dan Laut China Selatan mulai 19 Mac hingga 1 April ini.

“Latihan ini akan dilaksanakan di sebahagian kawasan perairan, darat, udara Semenanjung Malaysia dan Singapura termasuk kawasan perairan serta udara Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di Laut China Selatan,” kata Markas Angkatan Bersama seperti dalam laporan AirTimes.

“Terdapat juga pesawat tentera yang akan terbang rendah dari Malaysia dan Singapura melalui sebahagian ruang udara negara terutama di Johor untuk ke kawasan latihan di Laut China Selatan.”

Oleh itu, penduduk serta masyarakat sekitar kawasan latihan dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah sepanjang eksesais berlangsung.

Eksesais Bersama Shield adalah Eksesais Gabungan Bersama angkatan tentera Pakatan Kuasa Pertahanan 5 Negara – FPDA (Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom) yang dianjurkan oleh Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS) dalam bentuk Field Training Exercise (FTX) berkonsepkan Peperangan Konvensional di peringkat taktikal.

Tujuan eksesais ini adalah untuk melatih angkatan tentera negara FPDA dalam melaksanakan Operasi dan Eksesais Gabungan Bersama dalam situasi pelbagai ancaman untuk mempertahankan Malaysia (MY) dan Singapura (SG) bagi meningkatkan daya saling khidmat dan memperkukuhkan hubungan profesional.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: