Tempatan

Tingkatkan Keupayaan Pertahanan Negara, ATM Mahu Bajet Ditambah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 04 Disember 2022 – Bagi meningkatkan keupayaan pertahanan dan penyesuaian senario keselamatan semasa, Kerajaan baharu diharap dapat mempertimbangkan penyelarasan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berperingkat daripada satu peratus kepada 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany memaklumkan, ia sekali gus mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi untuk bertindak terhadap sebarang ancaman terutamanya yang melibatkan keselamatan negara.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini berdepan dengan cabaran mengoperasikan aset yang usang dan kekangan bajet pertahanan bukan sahaja menjejaskan kesiagaan serta kemampuannya, malah secara tidak langsung merisikokan keselamatan warga TLDM itu sendiri ketika melaksanakan penugasan yang diamanahkan,” katanya.

Dan menurutnya, dalam keadaan apa sekalipun, TLDM tetap fokus dengan misi iaitu mempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim negara selain kekal komited untuk berdaya saing selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

“Ia seperti Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan Kapal Peronda Misi Pesisir (LMS) batch kedua dan bagi angkatan kapal Selam. TLDM sangat peka terhadap keperluan untuk menambah jumlah aset kapal selam sehingga empat bagi melengkapkan dan mengoptimumkan kitaran pengoperasian kapal selam.”

Justeru itu, beliau berpandangan, bagi memastikan TLDM mampu memberi respon terbaik kepada ancaman dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan efisien, terdapat keperluan meneruskan penambahan aset berdasarkan perancangan yang telah direncanakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: