Malaysia Berpotensi Alami Gempa Bumi – Pakar
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 05 Mac 2022 – Ahmad Rosli Othman, ahli geologi di Institut Geologis Malaysia (IGM) menyatakan bahawa Semenanjung Malaysia berpotensi mengalami gempa berskala kecil sekiranya retakan bawah tanah aktif semula.
Mengulas kepada FMT , beliau menyatakan risiko ini adalah hasil ‘tempias’ berikutan kedudukan Semenanjung Malaysia yang dikelilingi negara gempa.
“Gempa bumi boleh membentuk sesar-sesar mikro baharu di sekitar titik fokus gempa. Sesar merujuk kepada patahan atau retakan pada batuan dasar dan pada setiap permukaan muka bumi mempunyai banyak retakan ini termasuk di Malaysia.” Ujarnya.
Menurut beliau, terdapat tiga sesar utama di Malaysia:
Sesar Bokbak – Meliputi kawasan sekitar Perak hingga ke Perlis;
Sesar Bentong ke Pahang; dan
Sesar Bebir – Meliputi kawasan sekitar Kelantan ke Johor.
Jelasnya lagi, sesar di atas jika dibandingkan negara lain boleh dikatakan tidak aktif, tetapi pernah berlaku gempa berskala kecil hasil dari ‘tegasan plat’ dan pelepasan jasad air empangan.
Baru-baru ini, beberapa kawasan di Malaysia dikejutkan dengan gegaran kecil yang berlaku akibat sebuah gempa di kawasan Pekan Baru, Indonesia. Gegaran tersebut telah mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan retakan di beberapa tempat.