Antarabangsa

EU Rancang Terlibat Latihan Ketenteraan Di Laut China Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

FILIPINA, 16 Mac 2023 – Kesatuan Eropah (EU) telah menyatakan kemahuan mereka untuk terlibat di dalam latihan ketenteraan bersama di Laut China Selatan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh salah seorang pegawainya pada Rabu lalu.

Kemahuan EU tersebut adalah dikatakan untuk mempromosikan kebebasan berlayar serta kehormatan bagi undang-undang antarabangsa di kawasan Laut China Selatan yang sedang di dalam pertikaian itu.

BACA JUGA: Kementerian Pengangkutan Rancang Bina Rangkaian Rel Malaysia-China

BACA JUGA: Program Libat Orang Islam Di Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Dibenarkan

BACA JUGA: Keputusan Fatwa SIS Forum: SIS Akan Fail Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

Pegawai EU, Richard Tibbels menyatakan bahawa blok yang terdiri daripada 27 buah negara itu telah bersedia untuk menyediakan satelit pengawasan bagi membantu negara-negara seperti Filipina dalam bertindak balas terhadap bencana alam serta bagi tujuan melindungi kepentingan mereka.

Perkara demikian adalah sebahagian daripada strategi EU yang telah didedahkan seawal 2021 iaitu untuk memberikan tumpuan terhadap tindakan-tindakan mereka di kawasan Indo-Pasifik bagi menyumbang kepada keselamatan serantau.

Menurutnya lagi, strategi tersebut akan diteruskan meskipun kini berdepan dengan perlawanan geopolitik yang sengit.

Hubungan jangka panjang tersebut akan dibuat berdasarkan nilai-nilai bersama yang dikongsi termasuklah komitmen bagi menghormati demokrasi, hak-hak asasi manusia serta kedaulatan undang-undang.

Negara-negara ASEAN termasuklah Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei bersama dengan China dan Taiwan telah lama terperangkap di dalam konflik wilayah yang tegang di lautan tersebut yang dipercayai mempunyai jumlah deposit minyak dan gas yang agak besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: