Tempatan

Pulau Pinang Tukar Nama Jalan, Iktiraf Jasa Tokoh Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 07 Jun 2024 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa Negeri Nama Geografi (JNNG) telah bersetuju untuk menamakan sebahagian Jalan Ayer Itam kepada Jalan S. A. Abdullah Bukhari bagi memperingati sumbangan Almarhum YBhg. Dato’ S. A. Abdullah Bukhari terhadap perkembangan syiar Islam di negeri itu.

Menurut kenyataan Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, YB Zairil Khir Johari, penukaran tersebut melibatkan sebahagian Jalan Ayer Itam iaitu sepanjang 400 meter di antara Jalan Scotland dengan Jalan Ayer Itam utama, berhampiran SMKA Al-Mashoor (Lelaki).

Ujar Zairil, antara sumbangan beliau termasuk mengajar ilmu agama di Madrasah Al-Mashoor, Pulau Pinang (1958 – 1979), menjadi Imam Masjid Kapitan Keling (1972 – 2011), bertugas sebagai Guru Takmir (1985 – 2019), termasuk menjadi Guru Takmir Daerah Timur Laut pada tahun 1990 sehingga tahun 2000 serta mengajar Tafsir Al-Quran di Masjid Negeri Pulau Pinang (1990 -2011).

Sementara itu, JNNG turut bersetuju menukarkan nama sebahagian Jalan Tengah (sepanjang 190 meter di antara Jalan Dato’ Ismail Hashim dengan Persiaran Bayan) ke Solok Dato’ Ismail.

“Pertukaran nama jalan ini adalah bagi mengiktiraf sumbangan mantan ADUN Bayan Lepas, YBhg. Dato’ Ismail Hashim. Beliau juga merupakan pengasas bersama Koperasi Tunas Muda yang bertanggungjawab menerajui pengumpulan dana bagi memperoleh tanah untuk membangunkan Kampung Sungai Ara termasuklah membina rumah mampu milik untuk orang Melayu dan Cina tempatan, Masjid Al-Huda Sungai Ara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara,” kata Exco itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: