Tempatan

Santuari Gajah Di Lebuhraya Timur-Barat Bantu Kurangkan Gangguan Lalu Lintas Gajah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIPING, 05 Jun 2024 – Santuari Gajah Perak yang akan dibina di Gerik bakal menyelesaikan isu kacau ganggu mamalia tersebut di Jalan Raya Timur Barat (JRTB).

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, lokasi santuari gajah tersebut telah dikenal pasti.

Menurutnya, kerajaan negeri kini sedang dalam peringkat pindah milik tanah kawasan berkenaan kepada kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan segera.

“Setakat ini kita masih di peringkat kelulusan tanah. Santuari gajah ini dijangka menyelesaikan isu kacau ganggu gajah di sepanjang jalan raya ini.”

“Kawasan itu memang laluan gajah. Jadi saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati menggunakan jalan raya tersebut. Jaga diri kita, jaga haiwan liar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Melawat Zoo Taiping di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari.

Pada 18 Julai 2020, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengumumkan membina sebuah Santuari Gajah Perak (PES) di Batu 11, Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Gerik, Perak.

Projek yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dibangunkan dengan kos kira-kira RM40 juta dalam usaha berterusan memulihara haiwan liar itu, sekali gus menangani konflik antara gajah dan manusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: