Laut China Selatan: Xi Jinping Mahu Kerjasama Lebih Erat Dengan Duterte
CHINA, 18 Julai 2023 – Presiden China, Xi Jinping telah mengajak mantan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk “memainkan peranan penting” dalam mempromosikan hubungan di antara dua negara tersebut.
BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan
BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan
BACA JUGA: Awal Muharram: Kiswah Kaabah Ditukar Dengan Bantuan 7 Kren
Ajakan tersebut dibuat pada masa di mana kedua-dua negara tersebut sedang berhadapan dengan perbalahan mengenai persempadanan di Laut China Selatan, serta dalam keadaan di mana Manila kini sedang memperkukuhkan hubungan pertahanan dengan Amerika Syarikat (AS).
Dalam sebuah kenyataan yang dilaporkan oleh agensi berita kerajaan China Xinhua, Xi telah memuji sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh Duterte dalam pertukaran persahabatan di antara China dan Filipina.
Kenyataan tersebut dibuat sewaktu mantan Presiden Filipina itu dalam lawatan ke Diaoyutai State Guesthouse di Beijing pada hari semalam.
Xi telah membuat kenyataan bahawa sewaktu menjadi Presiden, Duterte telah “membuat pilihan strategik dalam memperkasakan hubungan dengan China, dengan sikap bertanggungjawab terhadap rakyat dan sejarah” serta telah meletakkan hubungan dua hala “pada jalan yang betul” dalam menuju kesejahteraan.
Duterte telah membuat lawatan ke China pada masa di mana Presiden Filipina kini, Ferdinand Marco Jnr berhubungan lebih erat dengan AS dalam memperkasakan hubungan pertahanan sewaktu di mana tekanan di antara China dan Filipina semakin meningkat di Laut China Selatan.
Berbeza dengan presiden sekarang, Duterte banyak mengambil pendirian bersifat pro-China sewaktu memegang jawatan Presiden negara Filipina selama 6 tahun.