Tempatan

Malaysia Bakal Dilanggar Taufan Tropika Dalam Masa Terdekat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2022 – “Simulasi bagi tekanan pusat pada tahap maksimum ribut untuk masa akan datang menunjukkan bahawa kawasan termasuk Malaysia, mungkin berdepan dengan siklon tropika yang lebih hebat dalam masa terdekat,” maklum Haliza Abdul Rahman, saintis alam sekitar dari Universiti Putra Malaysia.

Jangkaan berlakunya siklon atau ribut yang lebih kuat itu adalah berdasarkan simulasi yang dilakukan untuk tempoh 100 tahun dengan menggunakan 10,000 tahun data simulasi.

Ujar beliau seperti dalam Malaysiakini, keadaan cuaca yang lebih ekstrem boleh dikaitkan dengan perubahan iklim, di mana suhu yang lebih tinggi menjurus kepada peningkatan kelajuan angin.

“Apabila lebih banyak penyejatan wap ke atmosfera, ia menjadi haba untuk ribut yang lebih kencang berlaku. Lebih banyak haba di atmosfera dan suhu permukaan laut yang lebih tinggi boleh menjurus kepada peningkatan kelajuan angin dalam ribut tropika.”

Kata beliau lagi, peningkatan insiden bencana alam yang berlaku dapat dikaitkan dengan peningkatan dalam pelepasan gas rumah hijau dan keadaan alam sekitar yang semakin merosot.

Pelepasan karbon dioksida meningkat pada kadar yang lebih tinggi antara tahun 1990 hingga 2010 menyebabkan perubahan suhu daripada 0.7 hingga 2.6 darjah celcius, ujarnya.

Keadaan itu dapat dikaitkan dengan peningkatan dalam pelepasan gas rumah hijau dan keadaan alam sekitar yang semakin merosot berikutan peningkatan penduduk dan pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat.

“Oleh itu, negara mengalami peningkatan hujan yang banyak sejak beberapa tahun, sehingga menyebabkan peningkatan insiden banjir, tanah runtuh, ribut taufan, dan perkara lain yang berkaitan dengan cuaca.”

Justeru, Haliza menyatakan bahawa kerajaan boleh melakukan pelbagai inisiatif bagi mengelakkan perbelanjaan dengan kos besar berikutan bencana alam sedemikian.

Antaranya menyediakan sistem amaran awal yang dapat dipertingkatkan, pengawalan yang lebih baik dan penyampaian maklumat yang lebih efisyen.

Hal ini kerana, unjuran menunjukkan bahawa beberapa lokasi di Malaysia mungkin menghadapi peningkatan suhu yang tinggi, dengan akan terdapat penduduk yang terpaksa bertahan lebih daripada 240 hari setahun di dalam suhu melebihi 35 darjah celcius pada tahun 2050an.

“Pada 2090, sebahagian besar semenanjung Malaysia mungkin berdepan dengan masalah yang sama.”

“Kita tidak mempunyai pilihan, kerajaan perlu menanggung beban tambahan ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: