Tempatan

Amaran Bahaya Hujan Berterusan di KL, Selangor dll – Jabatan Meteorologi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 25 Februari 2022 – Amaran hujan berterusan peringkat buruk di beberapa negeri di bahagian Semenanjung Malaysia telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkuat kuasa hingga Sabtu ini.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia susulan luruan monsun berserta satu sistem cuaca tekanan rendah yang sedang terbentuk di Laut China Selatan dengan jangkaan pergerakan memasuki kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung.

Amaran hujan berterusan (bahaya, buruk dan waspada) membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Hujan lebat berterusan dalam tempoh yang panjang boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

METMalaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama, kedua dan ketiga) untuk perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga Isnin depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: