Tempatan

KPDNHEP Cadang Dua Harga Minyak Masak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya sedang mencari alternatif termasuk penetapan dua harga bagi kegunaan minyak masak domestik dan eksport untuk memastikan agihan subsidi minyak masak sampai kepada golongan sasar.

“Kita sedang berunding mencari alternatif kepada sistem sedia ada termasuk melihat kepada (penetapan) dua harga (untuk minyak masak)…kegunaan domestik satu harga dan kegunaan eksport mungkin ikut harga pasaran. Ini adalah cadangan untuk kita menangani masalah terlalu banyak perbelanjaan untuk subsidi (minyak masak),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau memaklumkan kerajaan telah menyediakan tambahan subsidi sebanyak RM1.9 bilion kepada peruntukan sedia ada untuk memastikan tiada gangguan bekalan.

Selain itu, bagi memastikan subsidi bawah kawal seliaan KPDNHEP sampai kepada golongan sasar, kajian untuk mengoptimumkan subsidi di bawah KPDNHEP telah dijalankan.

Dalam pada itu, beliau menerangkan perlaksanaan had pembelian minyak masak bersubsidi dilaksanakan bagi memastikan pembelian minyak masak bersubsidi terkawal dan hanya golongan yang layak membeli bahan itu.

“Pihak KPDNHEP melalui Bahagian Penguatkuasa telah melaksanakan langkah-langkah seperti pemeriksaan premis, audit rantaian pengedaran, risikan ke atas pengilang dan pemborong, menetapkan had pembelian sebanyak tiga peket serta kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa lain,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: