Tempatan

Beting Pasir Semakin Luas Di Sungai Perak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TELUK INTAN, 05 Jun 2024 – Pembentukan beting pasir di Sungai Perak dilaporkan semakin meluas menyebabkan laluan sungai yang boleh dilalui bot nelayan semakin mengecil.

Selain bot nelayan, bot membawa pelancong melawat Pulau Bangau di sini juga terkesan kerana beting pasir tersebut.

Menurut penduduk setempat jika keadaan itu semakin serius, ia boleh menjejaskan aliran air Sungai Perak dan menyebabkan banjir.

Seorang nelayan darat, Musa Harun, 65, berkata, pembentukan beting pasir merupakan proses biasa di sungai tersebut namun sejak akhir-akhir ini beting pasir semakin meluas terutama berdekatan dengan tebing sungai.

Menurutnya, beting pasir biasanya akan kelihatan apabila air sungai surut terutama pada musim panas.

“Kawasan pembentukan beting pasir di sini adalah laluan utama nelayan darat ke daerah Bagan Datuk selain digunakan bot pelancong ke Pulau Bangau tidak jauh dari sini serta bot memancing.”

“Pembentukan beting pasir ketika ini bukan sahaja di bahagian tepi atau tebing sungai tetapi sudah sampai ke tengah sungai. Ini menyebabkan sungai semakin cetek dan sukar dilalui bot,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: