Sejarah Hari Ini

Hina Malaysia: Kisah Operasi Setem Malaysia Pada Peluru Berpandu Temasek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Tidak lama dahulu, seorang bekas wartawan MGG Pillai pernah memuatkan satu cerita menarik di dalam laman webnya www.mggpillai.com. Ia mengenai satu peristiwa yang pernah berlaku di Bukit Batok Singapura.

Cerita melibatkan kecekapan Unit Tindakan Khas negara . Malang sekali, setelah kematian M.G.G. Pillai, laman web yang memuatkan penulisannya telah berkubur dan pautan kepada artikel tulisannya itu turut hilang.

Kisah tersebut berkenaan dengan bagaimana negara jiran, bekas sebuah naungan Kerajaan Melayu yang kini berubah tangan kepada mereka yang tidak berkaitan dengan akar buminya, menguji kesabaran pihak keselamatan negara ini dengan provokasi bertali arus mereka.

MGG Pillai menyatakan di dalam penulisan tersebut, suatu ketika dahulu, negara jiran di selatan tanah air kerap menguji kesabaran pasukan keselamatan kita dengan memperolok-olokkan sistem pertahanan.

Malah antara tindakan mereka pada ketika itu termasuklah menceroboh ruang angkasa kita sehingga ke ruang udara Terengganu dan Kelantan. Jet-jet penceroboh ini akan segera mengungsi ke ruang udara perairan antarabangsa sebaik jet-jet Tentera Udara Malaysia digerakkan dari pengkalan di Kuantan.

Walau bagaimanapun, MGG Pillai menyatakan bahawa, penghinaan itu tidak dibiarkan begitu sahaja oleh pasukan keselamatan negara. Pernah di dalam satu peristiwa, maruah pasukan tentera di negara pulau terbabit dikejutkan dengan satu tindakan yang dijalankan oleh unit komando Malaysia dengan sebuah penghinaan yang sangat mengejutkan.

Diberitakan di dalam penulisannya bahawa unit komando Malaysia telah memasuki salah sebuah markas tentera yang terdapat di Bukit Batok dan menampalkan setem-setem Malaysia pada kepala peluru-peluru berpandu dan turut menukarkan bendera republik tersebut dengan bendera Malaysia di atas meja pegawai pemerintah markas tersebut.

Terkejut dengan tindakan tipping-point tersebut yang langsung tidak dapat dikesan, beberapa pegawai yang bertanggungjawab dengan markas tersebut telah ditukarkan, berhenti kerja dan diturunkan pangkat. Malah menurut MGG Pillai, orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan misi penuh gaya tersebut yang hanya dikenali dengan nama samaran Sam, masih ada lagi dan masih menjalankan tugasnya.

Cerita tersebut pada asalnya dimuatkan di dalam pautan berikut yang tidak aktif lagi setelah kematian mendiang MGG Pillai: http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=1724

Pasukan Keselamatan kita tanpa politikus perasuah, memang satu pasukan terbaik. Kami bangga dengan anda semua.

Mohd Aswanizam Alias
Pengarah Ihsan Strategic Research Centre (ISR)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: