Antarabangsa

Kekang China, Kapal Perang AS Di Perairan China Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

CHINA, 04 Februari 2023 – USS Nimitz, salah sebuah kapal perang terbesar di dunia milik Amerika Syarikat telah belayar ke Laut China Selatan sebagai sebahagian daripada penempatan tetapnya bagi menunjukkan komitmen AS kepada Asia Pasifik.

Menurut laporan sebuah portal antarabangsa, para komander kepada 5,000 anak kapal berkuasa nuklear itu berkata, tugas mereka adalah jelas – mengekalkan keamanan dan kestabilan dan meminimumkan potensi konflik di laut, di samping menjalankan misi kemanusiaan sepanjang penempatan yang boleh mencapai sehingga lapan bulan.

Walau bagaimanapun, pemimpin China mungkin melihatnya secara berbeza.

BACA JUGA: Selepas Pahang, DAP Mahu Halalkan Rumah Setinggan Haram Di Perak?

BACA JUGA: Aktivis Lapor Kesan Pencerobohan Taman Negeri Selangor, Tagih Respon MB

BACA JUGA: WASPADA! Sindiket Penyamaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Kehadiran kapal perang AS memainkan peranan penting dalam mengekang China, sebuah negara yang dikatakan pegawai Rumah Putih menimbulkan “cabaran paling komprehensif dan serius” kepada AS, tambah portal.

Akan tetapi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Beijing juga telah mula menghantar kapal perang ke Laut China Selatan selepas membina pangkalan pulau di perairan yang menjadi pertikaian itu. Bulan lalu, kapal pengangkut pesawat Liaoning milik China dilaporkan telah belayar dekat dengan Guam, wilayah AS.

China menganggap sebahagian besar kawasan itu miliknya, walaupun bersaing dengan tuntutan daripada negara seperti Filipina dan Vietnam.

Namun, menurut Ridzwan Rahmat, seorang penganalisis pertahanan utama di firma risikan Janes, apabila kapal perang AS muncul, kapal-kapal China ini cenderung untuk “hilang”, sekali gus menunjukkan bahawa kehadiran tentera AS mempunyai kesan mengekang tingkah laku China di rantau ini.

Katanya lagi, walaupun kehadiran kapal perang boleh menunjukkan kestabilan dan keselamatan, namun, risiko kesilapan pengiraan sentiasa ada, terutamanya apabila tiada kod etika yang dipersetujui bersama.

“Sebagai contoh, apabila kapal perang dikerahkan ke kawasan yang kami anggap sebagai wilayah maritim anda, dan mereka tidak menjawab permintaan anda untuk pergi. Apa yang patut kamu lakukan?” soal Ridzwan.

Ujarnya lagi, “Apa yang saya bimbangkan ialah bagaimana jika tembakan amaran disalahtafsirkan sebagai tembakan untuk bermusuhan, sebagai contoh, dan pihak yang satu lagi mula membalas dengan satu lagi tembakan, apabila insiden seperti itu boleh dengan mudah menjadi pertempuran tentera laut, yang akan mempunyai kesan yang lebih besar di masa hadapan, terutamanya di bahagian dunia ini.”

Pemerhati berkata, rantau Asia-Pasifik akan menyaksikan lebih banyak kapal perang akan muncul dari seluruh dunia di masa akan datang, di mana setiap negara cuba membuktikan keupayaan masing-masing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: