Tempatan

Isu Laut China Selatan: Malaysia Bersedia Runding Dengan China – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2023 – Malaysia kini sudah bersedia untuk berunding dengan China berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan tuntutan terhadap Laut China Selatan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa beliau telah membangkitkan isu tersebut sewaktu berjumpa secara langsung dengan Presiden China, Xi Jinping sewaktu sesi lawatan rasmi beliau ke China.

BACA JUGA: Judi Online: Keuntungan Cecah RM30 Ribu Sebulan, 7 Warga Tempatan Ditahan

BACA JUGA: Lombong Tasik Chini Masih Terhakis

BACA JUGA: Orang Melayu Sendiri Label Orang Sebagai Religious Bigot

Perkara berikut telah dinyatakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu dalam sesi perhimpunan bulanan di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Anwar, perkara mengenai pertikaian berkenaan Laut China Selatan itu dibawa ke meja perbincangan disebabkan syarikat minyak dan gas kerajaan Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mempunyai salah sebuah pelantar minyak terbesar yang beroperasi di perairan berkenaan.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama, China juga membuat tuntutan terhadap kawasan yang sama. Sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia memerlukan bekalan minyak dan gas justeru operasi di pelantar tersebut perlu diteruskan.

Sewaktu dalam perjumpaan dengan Xi Jinping, Anwar turut menyuarakan mengenai isu berkenaan Rohingya walaupun mengetahui bahawa China berpegang dengan polisi tidak campur tangan dalam hal sedemikian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: