Tempatan

Lebur Besi Perlukan Teknologi Tinggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Februari 2023 – Datuk Dr Mokhtar Saidin, seorang Arkeogeologis berkata, hasil penyelidikannya di Sg Batu menunjukkan, telah wujud satu industri peleburan di Sg Batu pada 788 Sebelum Masihi.

“Lebur besi perlukan suhu lebih dari 1,200 darjah celcius. Maknanya teknologinya sangat tinggi. Kalau kita ingat di mana Tun M memperkenalkan PERWAJA, first time dalam industri, tetapi orang Kedah, 1000 tahun sebelum itu sudah melebur besi,” ujarnya dalam Forum Peradaban Alam Melayu yang berlangsung pada hari ini.

Beliau turut mengongsikan gambar-gambar yang dijumpai sewaktu aktiviti penggalian dilakukan di tapak itu seperti relau, tuyere dan besi mentah, membuktikan kewujudan industri peleburan besi.

“Ini contoh tapak peleburan besi yang kita buat excavation, apa bukti ianya peleburan besi? Kita jumpa relau, sebab nak naikkan suhu lagi. Kita jumpa satu alat dipanggil tuyere. Tuyere ni perkataan Perancis kerana mula-mula dijumpai di Perancis. Itulah angin-angin yang dilekatkan pada dinding relau, supaya boleh pam oksigen masuk ke dalam untuk menaikkan suhu. Dan yang ketiga kita jumpa besi mentah. Kebanyakannya hematit dan magnetit. Dan kita akan jumpa hasil peleburan dalam bentuk arang dan abu dan juga jongkong besi dan juga tahi besi.”

Tegas Datuk Dr Mokhtar lagi, perkara ini mustahil tanpa teknologi.

“So nak buat ni, kalau tanpa teknologi, ia mustahil, semua dari tanah liat bercampur dengan batu bata. Besi nak dilebur mesti dicampur dengan pasir, kapur dan arang dari pembakaran.”

Beliau seterusnya menceritakan mengenai tuyere di Sg Batu yang mencecah lebih dari dua juta.

Tuyere yang kita jumpa, satu lengkungan bulat macam paip dan ditengahnya ada bulat kecil untuk dilakukan pengudaraan masuk udara.”

“So di Perancis, semasa penemuan tu, tak sampai pun 20 biji tuyere. Di Sg Batu, mungkin kita boleh lebih dua juta tuyere. Dan daripada itu, kita dengar Prof Solehah cakap tadi, Kedah sebagai satu industri yang besar.”

Berkata lebih lanjut, Datuk Dr Mokhtar turut menyatakan bahawa melalui penemuan tuyere, mereka turut menjumpai stor tuyere sekali gus menunjukkan telah wujud suatu pentadbiran dalam melaksanakan satu industri.

Stor tuyere. The first time in the world, kita jumpa stor tuyere. Maknanya pada masa ini, sudah ada supervisor, sudah ada teknikal, sudah ada manager. Kita bercakap peradaban Sebelum Masihi. Suatu pentadbiran, suatu permuafakatan dalam melaksanakan satu industri.”

Forum Peradaban Melayu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) diadakan pada 4 Februari 2023 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selain Datuk Dr Mokhtar, forum ini turut menampilkan Profesor Dr Solehah Yaacob, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa sebagai seorang panelis dan Datuk Dr Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebagai moderator.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker