Antarabangsa

Australia & Filipina Bakal Bekerjasama Pantau Laut China Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

FILIPINA, 23 Februari 2023 – Australia dan Filipina sedang mencari jalan bagi kemungkinan untuk bekerjasama dalam membuat pemantauan bersama di Laut China Selatan, di mana baru-baru ini Pengawal Pantai China telah “bertindak agresif” terhadap kapal Filipina.

Perbuatan Pengawal Pantai China tersebut telah menyebabkan Duta China di Manila telah dipanggil oleh Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

BACA JUGA: SOSMA Kekal – Menteri KDN

Maklumat mengenai kemungkinan kerjasama dua negara, Australia dan Filipina bagi memantau Laut China Selatan tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles pada Rabu lalu.

BACA JUGA: Golongan Kayangan Tidak Wajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan

Menurut Marles, beliau telah mengadakan sesi perbincangan bagi pemantauan bersama dengan Setiausaha Pertahanan Filipina, Carlito Galves Jr. Menurut Marles,

BACA JUGA: Konsep Bahasa Ibunda Di Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rencam 

“Berikutan kedua-dua negara komited terhadap aturan dunia global yang berdasarkan undang-undang, maka ianya adalah sesuatu yang alami bahawa kami perlu berfikir mengenai cara-cara untuk kami bekerjasama dalam hal ini.”

Beliau membuat kenyataan sedemikian pada sebuah sidang media di Jabatan Pertahanan Kebangsaan Filipina di bandar Quezon.

Kemungkinan bagi dua negara tersebut mengadakan kerjasama dalam pemantauan Laut China Selatan muncul setelah berlakunya perbincangan yang sama di antara Manila dan Amerika Syarikat (AS) berikutan tindakan China yang mendesak menuntut wilayahnya di kawasan yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: