Tempatan

SOSMA Kekal – Menteri KDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hal ini kerana ia masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara, ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan P Prabakaran (PH-Batu).

BACA JUGA: Lebih 120,000 Rakyat Gaza Hadapi Musim Sejuk Tanpa Perlindungan

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.”

BACA JUGA: Gaji Rendah Bukan Punca Doktor Kerajaan Pilih Migrasi

“Walaupun begitu, kementerian komited menambah baik undang-undang itu bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara, namun ia harus diimbangi dengan hak masyarakat serta kepentingan dan ketenteraman negara,” tegas Datuk Seri Saifuddin.

BACA JUGA: Menteri Pengangkutan Ke Parlimen Menaiki Bas Percuma Yang Dilancarnya Semalam

Menjawab sama ada Kerajaan berhasrat mengkaji semula hukuman bagi sesuatu kesalahan sama yang melalui prosiding mahkamah pada waktu sama tetapi hukuman yang dijatuhkan berjalan berasingan, Saifuddin Nasution berkata setakat ini tiada sebarang ketetapan dasar atau arahan yang diterima berhubung perkara berkenaan.

“Kajian secara menyeluruh hanya akan dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan perlu diterajui oleh kementerian/agensi yang diberikan mandat dan kuasa berkaitan perkara ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: