Konsep Bahasa Ibunda Di Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rencam
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – Sempena ‘Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa’ yang disambut setiap tahun pada, 21 Februari, samudera.my telah mendapatkan pandangan daripada rakyat Malaysia berkenaan konsep bahasa Ibunda dan pihak kami telah mendapat pelbagai jawapan.
Wartawan samudera.my mengajukan dua soalan iaitu, “What is your mother tongue?” dan “Where is your motherland?” atau “Apakah bahasa ibunda anda?” dan “Di manakah tanah air anda?”.
BACA JUGA: Lebih 120,000 Rakyat Gaza Hadapi Musim Sejuk Tanpa Perlindungan
Pelbagai variasi jawapan yang dapat dikumpulkan hasil dari temu bual bersama beberapa orang yang sudi berkongsi pandangan mereka.
BACA JUGA: Gaji Rendah Bukan Punca Doktor Kerajaan Pilih Migrasi
Umumnya, ramai yang menjawab mother tongue atau bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, tetapi masih ada yang mengatakan bahawa mother tongue mereka adalah bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa India, Tamil dan Kantonis.
BACA JUGA: Menteri Pengangkutan Ke Parlimen Menaiki Bas Percuma Yang Dilancarnya Semalam
Menyentuh isu berkenaan soalan di manakah tanah air mereka, selain menjawab negara Malaysia, ada yang memberikan nama tempat, negeri, dan lain-lain negara seperti Kajang, Putrajaya, negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan India.
Walau bagaimanapun, samudera.my mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang begitu peramah untuk berkongsi pendapat mereka dengan pihak samudera.my dan kami mengucapkan selamat menyambut ‘Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa’ kepada seluruh rakyat Malaysia.