Antarabangsa

Islamofobia Ambil Bentuk ‘Paling Ganas’ Di India – Prof Noam Chomsky

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 15 Februari 2022 – Islamofobia yang sedang berkembang di seluruh barat telah mengambil bentuk yang paling ganas di India, menurut Profesor Avram Noam Chomsky dalam satu webinar bertajuk “Worsening Hate Speech and Violence in India”.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

“Patologi Islamofobia berkembang di seluruh Barat. Ia mengambil bentuk yang paling ganas di India di mana Kerajaan Modi secara sistematik memusnahkan demokrasi sekular India.”

“Ini menjadikan negara itu sebuah etnokrasi Hindu dengan hampir 250 juta orang Islam menjadi minoriti yang teraniaya,” ujar Profesor Noam Chomsky yang merupakan Profesor Emeritus di Massachusetts Institute of Technology.

Beliau turut menyifatkan tindakan Kerajaan Narendra Modi sebagai serangan umum terhadap pemikiran bebas dan sistem pendidikan yang ditujukan terutamanya terhadap mangsa-mangsa beragama Islam dan kini ia berkembang melampaui batas.

Semakin hari serangan oleh Bharatiya Janata Party (BJP) meningkat mendadak dengan pelbagai kes yang ditimbulkan oleh parti BJP tersebut, kata Profesor Noam Chomsky yang juga salah seorang pengasas bidang sains kognitif.

Merujuk kepada kejadian di wilayah Kashmir dijajah India, beliau menyatakan “jenayah” semakin meningkat di kawasan tersebut sepertimana yang berlaku di Palestin.

“Kashmir kini diduduki secara kejam di bawah kawalan tentera yang kejam, dan lebih malang lagi perkara seumpama ini pernah berlaku ketika pihak tentera ingin menawan Palestin.”

Baru-baru ini, tular kisah pelajar-pelajar Muslim di India dihalang daripada memasuki kawasan kolej oleh pihak atasan kolej di Kundapura, Karnataka, India disebabkan mereka memakai hijab.

Menurut Deepak Bopanna, Koresponden Utama portal Times Now, kejadian yang berlaku di sebuah kolej kerajaan di Kundapura ini terjadi selepas pihak kolej akur dengan desakan kumpulan pelajar pro-Hindu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: