Antarabangsa

Kerana Hijab, Pelajar Muslimah Dihalang Masuk Kelas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUNDAPURA, 06 Februari 2022 – Pelajar-pelajar Muslimah di India dihalang daripada memasuki kawasan kolej oleh pihak atasan kolej di Kundapura, Karnataka, India hanya kerana mereka memakai hijab.

Menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, dapat dilihat para pelajar wanita yang lengkap bertudung itu merayu dengan pihak atasan kolej agar mereka dibenarkan memasuki kelas, sementelah hanya tinggal dua bulan sahaja lagi mereka akan menduduki peperiksaan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Mereka merayu selepas pintu pagar kolej ditutup di depan mata bagi menghalang mereka daripada memasuki kawasan kolej, namun tidak diendahkan.

Menurut Deepak Bopanna, Koresponden Utama portal Times Now, kejadian yang berlaku di sebuah kolej kerajaan di Kundapura ini terjadi selepas pihak kolej akur dengan desakan kumpulan pelajar pro-Hindu.

“Ini adalah kolej kerajaan Kundapura. Semalam sebilangan pelajar yang disokong oleh pertubuhan pro-Hindu telah datang ke kolej dengan memakai selendang Saffron dan memprotes kehadiran pelajar wanita dengan hijab ke kolej dan nampaknya sekarang ini pihak kolej akur dengan tekanan.”

Manakala, para pelajar Muslimah yang berjaya memasuki kelas pula dilaporkan dihalang hak mereka untuk ke tandas.

Keadaan ini berlarutan sehingga ibu bapa para pelajar yang terlibat hadir ke kolej bagi menuntut hak anak-anak mereka untuk menghadiri kelas.

Sub Inspektor Kundapur Srikanth mengancam untuk memfailkan laporan kes terhadap ibu bapa yang terlibat jika mereka meneruskan bantahan mereka.

Dilaporkan, larangan berhijab ini juga berlaku di kolej-kolej lain seperti di Bhandarkars’ Arts and Science College dan kolej kerajaan Byndoor.

Anggota-anggota kumpulan Hindu dikatakan memaksa pelajar di kolej kerajaan Byndoor memakai selendang Saffron di dalam kolej manakala pelajar yang memakai burqa dipaksa untuk menanggalkanya sebelum memasuki bangunan kolej.

Di sebuah kolej swasta yang juga di Kundapura, pelajar Muslimah dihalang daripada memasuki kelas walaupun peraturan kolej membenarkan pemakaian hijab ke kelas.

Ini juga berlaku selepas protes dari pelajar lelaki yang memakai selendang Saffron.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: