Penindasan Muslim: Komen Luar Tidak Dialu-Alukan – Kementerian Luar India
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDIA, 16 Februari 2022 – “Mereka yang kenal India dengan baik akan lebih menghargai realiti keadaan ini. Komen-komen bermotif atas isu dalaman kami, adalah tidak dialu-alukan,” kata Kementerian Luar India dalam satu kenyataan media.
BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak
BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam
Berikutan tekanan antarabangsa akibat ketegangan penindasan kumpulan pelampau Hindu ke atas umat Islam India yang kian memuncak, Kementerian Luar India baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar ringkas, menempelak pihak-pihak luar dari India yang dilihat seperti cuba masuk campur di dalam urusan dalam negara tersebut.
Kenyataan dikeluarkan sejurus teguran yang dibuat oleh Duta Besar Amerika Syarikat, Rashad Hussain bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa berkenaan isu pemakaian hijab di institusi pendidikan di India.
Rashad Hussain dalam laman sosial Twitternya pada 11 Februari 2022 menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah termasuk dalam hak seseorang untuk memilih pakaian agama masing-masing.
Kementerian Luar India memberi maklum balas kepada Rashad Hussain dan mengganggap beliau cuba untuk mencampuri urusan dalaman negara itu kerana kes tersebut masih di peringkat kehakiman.
Arindam Bagchi yang merupakan Setiausaha Bersama bagi kementerian itu berkata, isu mengenai kebenaran atau pengharaman pemakaian hijab itu akan diselesaikan mengikut rangka kerja dan mekanisme perlembagaan serta etos dan politik demokrasi India.
Ia dirujukkan sebagai konteks di mana sesuatu isu akan dipertimbangkan dan diselesaikan.
“Komen bermotivasi mengenai isu dalaman kami adalah tidak dialu-alukan” tegas kenyataan media Kementerian Luar tersebut.
India kini berada dalam sorotan antarabangsa akibat tindakan demi tindakan kumpulan pelampau Hindu yang mengenakan pelbagai bentuk tekanan dan penindasan ke atas umat Islam negara tersebut.
Kebangkitan puak-puak pelampau ini semakin meningkat selepas pemerintahan negara terbut diambil alih oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) sejak 2014.