Antarabangsa

Pengharaman Purdah Di Sekolah Mudahkan Muslimah Nikah Kafir – Profesor Eric Maurin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 21 April 2022 – Pengharaman purdah di sekolah memudahkan gadis Muslimah untuk kahwin dengan orang kafir selain meningkatkan prestasi dalam pelajaran, dedah sebuah kajian.

“Untuk pelajar yang memakai purdah, pengharaman itu mungkin ada kesan negatif ke atas mereka yang paling terikat dengannya kerana ia mungkin akan menyebabkan mereka berhenti sekolah,” kata Profesor Eric Maurin, penulis bersama kajian itu.

“Tetapi pengharaman itu juga mungkin ada kesan positif terhadap mereka yang dipaksa untuk memakainya dan terhadap pelajar yang terseksa dengan stigma dan diskriminasi di sekolah kerana purdah.”

Ujar profesor di Paris School of Economics itu lagi, data yang membandingkan wanita Muslimah dengan bukan Muslim menunjukkan, kumpulan gadis Muslimah mencatatkan peningkatan cemerlang yang sangat ketara dalam pendidikan selepas purdah diharamkan.

Menurut The Telegraph, Profesor Eric Maurin membentangkan hasil dapatan kajian ini dalam mesyuarat panel dasar ekonomi ke-75 pada awal bulan ini.

Baru-baru ini, pesaing sayap kanan Marine Le Pen berkata, beliau akan mengharamkan pemakaian tudung Islam di Perancis iaitu negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di Eropah Barat jika beliau dipilih dalam Pilihan Raya Presiden pada 24 April ini.

Katanya, pemakaian tudung akan menjadi jenayah yang boleh dihukum dengan denda yang dikenakan oleh polis, sama seperti kesalahan lalu lintas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: