Antarabangsa

Hina Quran: Pemimpin Hindutva Dakwa Quran Buku Jenayah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 06 Julai 2022 – Pemimpin Hindutva, Keshav Murthi baru baru ini mengeluarkan kenyataan menghina al-Quran yang mendakwa bahawa al-Quran merupakan buku jenayah menerusi sebuah video yang dihantar oleh seorang pengguna di aplikasi Twitter.

Katanya dalam ucapan kebencian itu, kitab al-Quran memerintahkan umat Islam untuk membunuh orang dengan kejam melalui cara merejam dan memenggal kepala.

Malah, beliau turut melabelkan bahawa sesiapa yang membaca kitab al-Quran telah menjadi pengganas.

“Al-Quran adalah kitab jenayah. Ia memerintahkan membunuh orang dengan merejam dan memenggal kepala sesiapa yang tidak mempercayainya. Mereka semua yang membaca al-Quran telah menjadi pengganas,” katanya.

Beliau turut dikelilingi oleh penyokong-penyokongnya yang memakai selendang saffron sewaktu pengucapan itu.

Hantaran itu mendapat reaksi daripada pengguna lain yang mempersoalkan tindakan Ketua Polis Karnataka, Praveen Sood atas tindakannya terhadap ucapan kebencian berkenaan yang dianggap ia seolah-olah musim untuk melakukan ancaman dan mengucapkan ucapan kebencian kepada umat Islam.

Pengguna tersebut turut mempersoalkan adakah pihak polis melindungi tindakan pemimpin Hindutva yang mengucapkan ucapan kebencian berkenaan.

Bulan lalu, seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma telah mengeluarkan kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. sewaktu rancangan debat di saluran berita India.

Penghinaannya itu mendapat kecaman daripada Tuan Yang Terutama Presiden Dua Masjid Suci Sheikh Abdul Rahman As Sudais yang mengecam dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan pemimpin BJP tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: