Terkini

India Negara Sekular, Jangan Paksa Semua Orang Makan Halal – Kumpulan Sayap Kanan Hindu

NEW DELHI – “Kami bukan mencabar hak mereka yang makan daging halal. Tetapi, mengapa ia perlu dipaksakan ke atas mereka yang tidak mahu makan makanan halal? Kami membantah perkara ini, apatah lagi India adalah sebuah negara sekular dan setiap orang perlu mempunyai hak sama rata untuk menjalankan urus niaga.” 

Demikian dakwaan Vinod Bansal, salah seorang dari ahli organisasi sayap kanan Hindu paling berkuasa di India, Vishwa Hindu Parishad (VHP) seperti dilaporkan dalam satu portal antarabangsa.

Kenyataan ini disuarakan selepas kerajaan India bertindak untuk menghapuskan eksport daging merah tempatan dengan cop pengesahan halal berkuat kuasa 5 Januari 2021. 

Di bawah peraturan baharu ini, daging merah dari negara sekular itu tidak perlu lagi melalui proses mendapatkan cop pengesahan halal sebelum ianya dieksport ke negara luar sekaligus menamatkan dominasi kumpulan minoriti Muslim India dalam pasaran daging tempatan.

Dakwa Bansal, “Ideologi sesebuah agama tidak patut dikenakan ke atas orang lain.”

“Memakan makanan halal adalah dilarang sama sekali dalam agama Sikh. Penganut agama Sikh hanya boleh makan daging jhatka (daging tidak halal).”

Oleh itu, peraturan baharu ini selari dengan bangkangan VHP yang membantah pengeksportan daging halal.

Tambah VHP, tiada bezanya mengeksport daging halal atau jhatka memandangkan eksport daging terbesarnya adalah ke negara China.

Senada dengan Bansal adalah Harrinder Sikka, dari kumpulan NGO Halal Niyantran Manch atau Forum Kawalan Halal.

Menurut Sikka, tanda halal telah dipaksakan ke atas semua perkara dan menyebabkan peniaga daging jhatka (tidak halal) rugi besar.

“Daging halal dibekalkan ke hotel lima bintang serta restoran kecil, restoran tepi jalan, dapur kereta api, dan pasukan bersenjata.”

“Peniaga yang menjual daging jhatka mengalami kerugian besar disebabkan syarat halal.”

Lembaga Pembangunan Eksport Produk Makanan Pertanian dan Prosesan India (APEDA), di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri, yang bertanggungjawab mempromosikan eksport produk ladang telah membuang “halal” daripada manualnya berkaitan daging merah.

Manual terbaharu Lembaga Pembangunan Eksport Produk Makanan Pertanian dan Prosesan India (APEDA), di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri menyatakan: “Haiwan yang disembelih adalah mengikut kehendak negara pengimport” menggantikan manual sebelum ini yang tertulis: “Semua haiwan yang disembelih adalah mengikut syariah Islam di bawah pengawasan Jamiat-ul-Ulema-e-Hind. Sijil ini diberikan oleh jemaah agamawan Islam.”


 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button