Antarabangsa

Penggunaan Pembesar Suara Untuk Azan Subuh Semakin Berkurang di Mumbai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MUMBAI, 22 April 2022 – Sebanyak 72 peratus masjid di Mumbai telah menurunkan kelantangan laungan azan manakala terdapat beberapa buah masjid telah berhenti menggunakan pembesar suara sewaktu azan Subuh.

Berita tersebut keluar sehari selepas unit Maharashtra Jamiyatul-Ulama Sunni di seluruh India meminta kebenaran daripada polis Mumbai untuk menggunakan pembesar suara di masjid bagi melaungkan azan.

Presiden Jamiyatul-Ulama Sunni, Sayed Moinuddin Ashraf mengatakan bahawa mereka membuat keputusan untuk merujuk kepada polis Mumbai selepas terdapat beberapa orang menyuarakan tentangan mereka dalam penggunaan pembesar suara di masjid.

Kata Ashraf, masjid di Mumbai telah pun mengikut garis panduan daripada Mahkamah Agung dalam penggunaan pembesar suara.

Beliau bagaimanapun telah menulis surat kepada Pesuruhjaya Polis Mumbai, Sanjay Pandey bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

“Anda diminta untuk mengarahkan semua balai polis Mumbai untuk memberikan kebenaran kepada mereka yang memohon. Kami juga memegang amanah dari masjid untuk menyegerakan permohonan kebenaran menggunakan pembesar suara,” tulisnya dalam surat itu.

Terdahulu, Ketua Maharashtra Navnirman Sena, Raj Thackeray mengeluarkan amaran pada 2 April lalu mengatakan bahawa sekiranya kerajaan Maharashtra gagal untuk mengeluarkan pembesar suara yang digunakan untuk melaungkan azan dari masjid sebelum 3 Mei, pihaknya akan memainkan puisi untuk dewa, “Hanuman Chalisa” dengan kuat menggunakan pembesar suara.

Katanya, tindakannya itu adalah bagi mengurangkan implikasi sosial dan kesihatan semua orang dan tidak melanggar sebarang aktiviti keagamaan.

Pesuruhjaya Polis Nashik, Deepak Pandey menegaskan, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin memainkan sebarang jenis lagu keagamaan menggunakan pembesar suara 15 minit sebelum atau selepas azan, mereka perlu mendapatkan kebenaran dari pihak polis terlebih dahulu.

Malah, mereka yang melanggar perintah tersebut boleh dikenakan hukuman enam tahun penjara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: