Kumpulan Pengawas Lembu Belasah Pemandu Lori Muslim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UTTAR PRADESH, 25 Mac 2022 – Tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori pikap Muslim dibelasah tanpa henti dengan tali pinggang oleh kumpulan pengawas lembu selepas mereka menuduhnya membawa daging dan menyeludup lembu.
Kumpulan lelaki itu membelasah Mohammad Aamir, 35, tanpa belas kasihan walaupun dirayu agar mereka berhenti memukulnya.
Tular sebuah video seorang pemandu lori pikap Muslim dibelasah tanpa henti dengan tali pinggang.
Selanjutnya di: https://t.co/KUBUZ2R0Eq pic.twitter.com/IOVyzWWYyC
— Samudera.my (@MySamudera) March 24, 2022
Times of India melaporkan, kenderaan Aamir diarahkan berhenti oleh penyerang-penyerangnya selepas mereka melihat tulang temulang dan bangkai binatang di dalamnya.
Lori pikap itu merupakan sebahagian dari kenderaan pembersihan yang bertanggungjawab untuk membuang tulang temulang dan bangkai-bangkai haiwan di Kampung Ral, Mathura, Uttar Pradesh.
16 orang termasuk Vikash Sharma dan Balram Thakur dari VHP telah dikenalpasti terlibat dalam kejadian itu.
Aamir, dalam Laporan Maklumat Pertama (FIR) kepada pihak polis menyatakan bahawa Sharma dan Thakur memintas kenderaannya di kampung Raal dan mula membelasahnya selepas mengetahui bangkai-bangkai haiwan akan dibawa ke Hathras.
Menurut pihak berkuasa, siasatan awal mendapati tidak terdapat sebarang tulang dan bangkai lembu seperti yang didakwa.
Aamir yang dilihat menggunakan tangannya sebagai pertahanan dari dipukul bertubi-tubi oleh pengawas lembu itu mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan bahu, menurut laporan doktor yang merawatnya.